(Download apa saja ratu izinkan)

Isu dan Wanita Post New Entry

Tips Solekan Mata Yang Menyerlah

Posted by Hariani on November 30, 2009 at 11:14 PM


MATA sepet, bulat besar, berbentuk badam dan ada pula yang memiliki mata belolok. Sebenarnya mata seperti ini mempunyai daya penarik yang tersendiri dan anda tidak perlu membuat pembedahan bagi membuang kulit alis mata untuk membesarkan mata anda, meskipun mata anda kelihatan lebih kecil dan sepet.


Inilah masalah kebanyakan wanita Asia yang menganggap mata mereka tidak menarik dibandingkan dengan wanita Barat yang memiliki bentuk mata bulat dan warna biji mata yang menarik seperti biru, kelabu, coklat dan kehijauan.


Sesetengah wanita Asia sanggup mengeluarkan belanja tinggi untuk membesarkan bentuk mata mereka yang dikatakan agak kuyu dan layu, seolah-olah tidak bermaya.


Seorang jurucakap jenama alat-alat solek L'oreal Paris memberitahu, sebenarnya bentuk dan warna biji mata wanita Asia tidak kurang menarik jika dibandingkan dengan wanita Barat, asalkan mereka pandai menggabungkan warna pembayang mata.


Untuk menyesuaikan dengan mata wanita Asia, warna 'smoky' (seperti lorekan asap) disediakan sebagai tambahan warna pembayang mata.


Contohnya dalam satu kotak pembayang mata, ada empat jenis warna iaitu warna asas seperti putih atau krim, biru muda, biru tua dan biru asap; begitu juga dengan warna ungu iaitu ungu muda, ungu tua, ungu asap dan putih.


Yang penting cara anda menyolekkan bahagian mata dengan menggunakan pembayang mata yang sesuai dengan kulit dan pakaian anda, celak dan maskara untuk bulu mata agar kelihatan tebal dan menarik.


Jika anda ingin menghadiri majlis jamuan malam, solekan mata perlu menyerlah agar keseluruhan solekan anda kelihatan anggun, misalnya bahagian bawah mata menggunakan celak pensel, warna yang terang seperti biru muda digunakan di bahagian yang berhampiran dengan batang hidung anda, kemudian perlahan-lahan digabungkan dengan warna biru asap dan tepi mata pula biru tua, manakala bahagian atas mata gunakan warna putih.


Setelah selesai menggunakan pembayang mata, untuk menampilkan mata yang lebih segar dan besar gunakan 'eyeliner' iaitu celak cecair dan hendaklah dipanjangkan lorekan celak itu 3 atau 4 mm hingga di tepi mata anda.


Apabila celak cair telah kering anda perlu menggunakan maskara. Cara menggunakannya mudah iaitu lorekkan maskara dibahagian bulu mata dengan cara zig zag agar kelihatan lebih tebal.

Untuk pemerah pipi pula jika anda menghadiri majlis jamuan, selepas menggunakan bedak asas (foundation) sapukan pemerah pipi berkrim di bahagian tulang atas dan bawah pipi, kemudian pakai bedak atau mekap yang menjadi warna pilihan anda.


Selepas memakai mekap, sapukan pemerah pipi bentuk bedak di bawah tulang pipi agar warna merah pipi (warnanya jangan terlalu merah) tidak mudah luntur, meskipun anda menghadiri majlis itu selama beberapa jam.


Ini disebabkan warna pemerah pipi berkrim yang digunakan sebelumnya membantu mengekalkan mekap anda keseluruhannya.


Bagaimanapun, jika anda ke pejabat sapukan saja wajah dengan bedak pemerah pipi agar warnanya tidak terlalu menyerlah dan kelihatan natural. (Lihat Panduan Gambar)    (Lihat Panduan Video)


kirim pandangan anda


Categories: Panduan

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Recent Videos

738 views - 0 comments
493 views - 0 comments
336 views - 0 comments
434 views - 0 comments

 




Victorias secret fashion show

Super Share

Share on Facebook

Ratumenia's blog info

General Search

The right choice to get your website listed by search engines

need to contact a company specialising in SEO (Search Engine Optimization).

Please click HERE

Gadgets For Your Webpage

 


Follow me on Twitter



Craigslist search feed

Recent Forum Posts

No recent posts

Subscribe with Bloglines

 


RSS Feeds




 



Webs Counter